Friday, May 1, 2009

Philippines

Jipney, kenderaan ini blh memuatkan 15-20 orang penumpang pada satu2 masa. mempunyai pelbagai warna dan aksesori mengikut citarasa tuan punya.... Sebaik tiba di Pampanga Airport, aku, su n kak Has terus mengambil bas ke Baguio.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5jam dgn kos Peso350. climatenya x ubah sprt Malaysia. Rasa mcm jln blk kg jer... Apbl memasuki kawasan Baguio, jlnnya semakin berbukit dan bersimpang siur. Hujan turun lebat dan menyebabkan jam disepanjang2 jalan kerana kemalangan dan tanah runtuh.Kami menunggu bbrp jam utk melepasi halangan, akhirnya bila dah rasa boring kami turun dari bas dan berjalan kaki meredah hujan dan lecak dgn backpack yg tersandang dibahu. Basah lenjun la jgk...tetiba ada mamat filipino yg agak2 hensem dtg menghulur bantuan utk membawa kami ke hotel berhampiran. Inilah dinamakan jodoh.hehehe. Akhirnya kami check in di Supreme Hotel dgn kos P2339/night.blh tahan mahal....sbb dah menggigil, masuk je la!


Di Baguio, rumah2 didirikan di lereng2 bukit. aku pun x tau mcm mana diorang pacak tiang, yg pentingnya mereka blh hidup majmuk, buktinya xde pagar yg memisahkan mereka. Antara satu rmh dgn yg lain sgt2 rapat, xpun satu bukit tu anak pinak yg sama...ehm, mungkin jugak???




Pada mulanya aku mmg nak sgt ke Banaue, kalau ikut peta, jauhnya mcm PJ-Puchong jer...tapi kerana jln yg begitu adventuress mengambil masa lebih 9jam utk sampai kesana. So x dpt le aku tgk rice terrace n hanging coffin...


Kami terus menuju ke Mines View, terletak betul2 di puncak bukit dan dijadikan kawasan tarikan pelancong.

Kami memnjangkan langkah lagi ke Pasay. Kami check-in di Hotel Sogo. Pasay x ubah mcm KL. Jln penuh sesak, flyover dan rail LRT yg bersimpang siur, menyesakkan kepala yg tgh tension ni sbb lapar. Punyalah susah nak cari makanan halal, yg byk adalah restoran2 makanan segera sprt McD, KFC dan Jollibee.

Dinner mlm tu, kitorang sebat McD dgn set Fillet O Fish yg x pernah aku suka tu....tetiba menjadi makanan plg best didunia! Kenapa ye???


Lepas makan kami meronda sekitar bandaraya. Kedai2, p/raya kebanyakan tutup pukul 9pm.Pusat2 karaoke bersepah2 mcm warong mamak di KL. Pelacur jalanan sentiasa ada menunggu pelanggan.....


Penat berjalan, konon2 nak blk tido dgn nyenyaknya...rupa2nya x blh tido langsung coz, punyalah bising dgn hon dan kenderaan yg byk tgh2 malam. rasa mcm waktu pagi aku nak g keje nak kena tempuh LDP yg penuh sesak....bila lah diorang ni nak tido???? Toloooooonggggggggggg






Untuk lari dari kesibukan kota, kami sepakat membawa diri keTagaytay. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Kami tiba di hadapan Days Hotel. tetiba dtg orto yg agak2 comel mempelawa kami ke resthouse yg berhampiran. Dekat x dekatlah, sbb jlnnya curam menuruni bukit sehinggalah betul2 dihadapan tasik volcano. Setiba di chalet kami terpaksa membayar P3500 utk boat dan bilik yg x ubah macam rumah tumpangan ah keong. Mahal giler....


Ptg tu kami ke Tasik volcano, lebih 2 jam utk kesana.Sampai di sana, kami perlu menempah kuda utk naik keatas bukit dgn kos P1500/head.kena ketuk lagi.....


Aku dapat kuda muda, punyalah laju, x terkontrol. Nasib x jatuh kuda...tapi view mmg cantik!!!




Byk lubang2 yg mengeluarkan asap2 gng berapi.Gunung yg kami pijak masih lg aktif dan meletup kali terakhir pd 1963. Air tasik kelihatan hitam dan byk kabut2 putih/sulfur ditepi2 tebing. Ada byk lagi gunung berapi di sekitar Tagatay. Ada diantaranya x lg aktif.


Untuk turun kebawah, kuda aku tetiba jadi aktif semacam. berlari2, mungkin seronok turun bukit....tapi aku yg sakit!


X cukup kena bayr kuda, tips utk kuda pun kena byr gak....melampau betul diorang ni. Kuda manalah mkn KFC, itupun nak bertips2....nak marah pun ada, nak tergelak pun ada. Balik ke bilik, kitorang apalagi open table lah mengutuk sakan sambil t'gelak besar......

Tetapi yg hairannya, mat saleh dan minah2 saleh sukar kelihatan disini. Sepatutnya Taal Lake menjadi seperti Pulau Tioman, mungkin kerana masalah2 yg kami hadapi ini menyebabkan mereka kurang minat utk kesini......


Cowgirls with big hat n coconut drink...


Seterusnya, kami ke Cabao, Manila. Check in di Hotel Manila P10,000. Alang2 dah kena ketuk, biar berbaloi, nasib share bertiga....Tak pernah aku tido hotel semahal ni,hampir RM650/night. puas hati....nyesal tu mmg ada, tapi geram sgt coz x abis2 kena tipu...


Hotel Manila adalh hotel tertua di Manila dan beroperasi sejak 1912 lagi, dan yg plg best, blh dikatakan semua ketua negara luar pernah menduduki hotel ini, termasuklah Tun Mahadhir sendiri......Nak masuk pun kena scan, mcm kat airport daaa...



Intramuros (Within the Walls) merupakan Muslim settlement.

Di belakang Hotel Manila ialah pelabuhan. Kami bersiar2 sekitar bandar dan singgah di Jose Rizal Park, Intramuros. Dr Jose Rizal ialah seorang Nationalist tempatan berbangsa Melayu. Beliau m'perjuangkan kemerdekaan Filipina drpd Sepanyol. Beliau byk menulis artikel2 berbaur penentangan terhadap penjajah dan ini menaikkan semangat perjuangan dan akhirnya mencetuskan revolusi pada ketika itu.Akhirnya beliau ditangkap dan dijatuhi hukuman mati pada 30.12.1896 pada usia 35thn di Bagumbayan field. Muzium yg ada adlh tempat tahanan beliau sblm dijatuhi hukuman tembak. Antara bait poem yg ditulisnya berbunyi;
"Farewell parents, brothers, beloved by me,
Friends of childhood, in the home distressed,
Give thanks that now, I rest from wearisome day,
Farewell sweet stranger, my friend who brightened my way,
Farewell to all I love, To die is to rest..............


2 comments:

  1. best nye akak da banyak bejalan negara orang!!!nxt time sy ikot!!tapi lps sy teje la..hehe....best bc cite akak kat tmpt orang...

    ReplyDelete
  2. yela..nanti keje boleh sponsor akak g jalan. g auckland pun jadilah.

    ReplyDelete