Istana Pagar Ruyung, Batu Sangkar
Istana Pagar Ruyung ini telah bbrp kali di bina semula dan di alih tempat kerana mengalami kemusnahan akibat gempa dan cuaca panas yg menyebabkannya terbakar. Istana ini menggambarkan adat Perpatih yg diamalkan oleh masyarakat setempat. Adat Perpatih mementingkan hubungan persaudaraan yang mana kesalahan seseorang anak bukan semestinya tertanggung oleh bapanya, ttp oleh paman2nya yg lain. Kaum wanita juga diberi pelbagai kelebihan antaranya pewarisan harta pusaka, manakala anak2 lelaki diajar sedari kecil utk keluar dr rumah dan tidur di madrasah utk melahirkan keberanian dan rajin bekerja dan mencari harta.
Padang terletak di Sumatera Barat, Indonesia. Padang mempunyai keindahan tersendiri dgn kawasan geografi yg menarik. Kawasan lingkaran gunung merapi ini masih aktif dan tanahnya yg subur membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman. Aku bermalam di Hotel Malindo di Embun Pagi. Untuk sampai kesini, jlnnya yg kecil dan berkelok serta mendaki dari Padang Panjang ke Embun Pagi perlu di tempuh.Tapi berbaloi coz scenery nya yg begitu cantik dan saujana mata memandang, menyebabkan aku n kak Has x tido, walaupun letih. Padang pernah mengalami Tsunami pada 1797 (5-10m) dan diikuti gempa bumi yg dahsyat dgn skala 8.5-8.7M, menyebabkan kemusnahan teruk . Kemudian pada 1833, sekali lagi Padang mengalami Tsunami dgn skala 3-4m dan gempa(8.6-8.9M). Masa terus berlalu dan Padang terus tegap berdiri dgn Gunung Merapi, Gunung Singgalang, tasik Singkarak dan tasik Maninjau nya, membuatkan hatiku terusik utk kembali lagi.........


assalamualaikum kak ct..
ReplyDeletehehehe..kita pernah gi makan kat c2..best makanan2nya..airnya especially best2..heheh
assalamualaikum kak ct..
ReplyDeletekita pernah makan kat c2..makanan dia mmg sedap..air2 dia kat sana pun fuuuuuhhhh sampai bleh jilat2 lah cawan2nya skali hehehe
best mmg best. tapi tekak akak ni melayu campur. x dpt cari lagi campur ngan apa. bkn apa, pedas sgt 2 yg kureng...
ReplyDelete