Friday, May 1, 2009

Beijing, China


"China is a sleeping giant. When she is awakens she will astonish the world"
Napoleon Bonaparte




Tembok Besar China mempunyai sejarahnya yg tersendiri. Byk cerita2 lagenda berbentuk penyampaian lisan sehinggalah ke cerita2 mitos disampaikan sbg cerita rakyat. Antaranya cerita bgmn sepasang pengantin baru yg suaminya dikerah bekerja untuk membina tembok besar ini terpisah selama bbrp tahun. Sblm berpisah si isteri telah mematahkan sanggul di kepalanya dan separuh diberi kepada suaminya sbg tanda penyatuan. Namun setelah bbrp lama si suami tidak juga pulang dan akhirnya ketika musim sejuk si isteri pergi mencari suaminya di sepanjang2 kawasan pembinaan tembok besar. Lama kelamaan si isteri percaya yg suaminya telah mati akibat kesejukan dan mayatnya dibawah timbunan batu2 besar ini. Akhirnya si isteri menemui separuh sanggulnya dicelah2 batu dan si isteri tadi kerana terlalu sedih telah melompat terjun dari tembok besar dan mayatnya tertimbus disitu.



Tembok Besar Cina dipercayai merentas dari Jiayuguan di Gurun Gobi hingga Shanhaiguan ke Laut Bohai.Melebihi 6400km dan angka yg sebenar tidak diketahui sehingga kini. Tujuan utama pembinaan tembok besar ini ialah bg menghalang kemaraan tentera monggol. Ia dibina pada 208SM oleh Dinasti Qin, disambung oleh Dinasti Han dan Sui dan 5 Dinasti yang seterusnya hinggalah ke Dinasti Ming yang terakhir pada 1368-1640.



Selain drpd Tembok Besar yg juga dikenali sbg "The Longest Cemetery" ini, Beijing juga mempunyai byk tempat2 sejarah yg blh dilawati antaranya Forbidden City, Summer Palace, Tian`anmen Square dan Stadium Olimpik yang baru di binanya.





No comments:

Post a Comment