Monday, July 4, 2011

bekam: kidney failure

kidney failure atau pun kegagalan ginjal berpunca dari banyak sebab, antaranya pengambilan ubat yang berlebihan ataupun dari penyakit seperti diabetes.1 ginjal mempunyai 1 juta nefron.ini bermakna ginjal adalah merupakan organ terakhir untuk rosak kerana jaringannya/filter yg byk.bila organ ini rosak, pesakit perlu menjalani dialisis yg boleh menurunkan kualiti hidup seseorang pesakit.

seorang pesakit yang mengalami kidney failure ini boleh di bekam sekiranya dia mematuhi syarat-syarat di bawah:
1. urin > 100ml isipadu bagi setiap kali kencing
2. saiz ginjal > 9cm (pengecutan 25%)
3. Cr (kreatinin) < 600
4. umur < 55 tahun
5. hb (hemoglobin) lelaki 12-18, perempuan 11-18
6. belum terlalu sembab (pada kaki dan tubuh)
7. tidak pernah menjalani renal transplant
pesakit buah pinggang boleh dirawat dengan kaedah bekam pada tahap 60%-70% kerosakan organ ini.tetapi perlu di pantau untuk memastikan bilangan air kencing yang keluar bertambah dari semasa ke semasa.selalunya bekam dibuat pada pesakit yang belum lagi melalui dialisis.

persoalan puasa, wudu`dan berbekam:
1. adakah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang berpuasa?

2. bagaimanakah seorang pesakit yang menjalani 3x dialisis seminggu berpuasa?

jawapan yang diberikan oleh pengarah hospital pakar raja Faisal dan hospital tentera, Riyadh:
"proses dialisis adalah melibatkan proses mencuci darah yang keluar dari badan dan melalui mesin yang dipanggil(artificial kidney) dan dipulangkan semula ke dalam badan. jika pada darah yang dicuci ditambah bahan-bahan kimia dan gizi makanan seperti gula dan garam, maka puasa pesakit itu terbatal.tetapi jika tiada apa2 penambahan maka ia tidak membatalkan puasa".
3. batalkah wudu` ketika dialisis?
"apa2 yang keluar dari badan tidak akan membatalkan wudu`, kecuali pada 2 tempat iaitu anggota sulit hadapan dan belakang samada dalam bentuk urin, tahi atau angin.ini bermakna darah yang keluar dari hidung atau pada luka samaada sikit atau banyak tidak membatalkan wudu` termasuklah proses dialisis".

4. bolehkah berbekam ketika puasa?

"darah yang ditarik keluar ketika berbekam boleh membatalkan puasa.ini kerana ia dikeluarkan dan tidak dipulangkan kedalam badan.ini dinyatakan didalam hadis.tetapi dialisis adalah proses keluar dan masuk darah kedlm badan.tetapi pada masa ini, darah yang telah dicuci kebiasaannya ditambah dengan gizi dan ini membatalkan puasa".

secara kesimpulannya menurut Majmoo' Fataawa Ibn Uthaymeen,20/113:
jika seseorang yang sudah lanjut usia dan tidak mampu membayar balik puasa kerana menjalani dialisis sepanjang hayat maka perlulah dia memberi makan pada orang miskin setiap hari seorang.

petua berubat dgn al-quran;

surah al-Qamar, ayat 11-12

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dgn (menurunkan) air yg tercurah.Dan Kami jadikan bumi memancarkan bbrp mata air, maka bertemulan air-air itu utk satu urusan yg benar2 tlh ditentukan."

No comments:

Post a Comment