Monday, July 4, 2011

bekam: kidney failure

kidney failure atau pun kegagalan ginjal berpunca dari banyak sebab, antaranya pengambilan ubat yang berlebihan ataupun dari penyakit seperti diabetes.1 ginjal mempunyai 1 juta nefron.ini bermakna ginjal adalah merupakan organ terakhir untuk rosak kerana jaringannya/filter yg byk.bila organ ini rosak, pesakit perlu menjalani dialisis yg boleh menurunkan kualiti hidup seseorang pesakit.

seorang pesakit yang mengalami kidney failure ini boleh di bekam sekiranya dia mematuhi syarat-syarat di bawah:
1. urin > 100ml isipadu bagi setiap kali kencing
2. saiz ginjal > 9cm (pengecutan 25%)
3. Cr (kreatinin) < 600
4. umur < 55 tahun
5. hb (hemoglobin) lelaki 12-18, perempuan 11-18
6. belum terlalu sembab (pada kaki dan tubuh)
7. tidak pernah menjalani renal transplant
pesakit buah pinggang boleh dirawat dengan kaedah bekam pada tahap 60%-70% kerosakan organ ini.tetapi perlu di pantau untuk memastikan bilangan air kencing yang keluar bertambah dari semasa ke semasa.selalunya bekam dibuat pada pesakit yang belum lagi melalui dialisis.

persoalan puasa, wudu`dan berbekam:
1. adakah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang berpuasa?

2. bagaimanakah seorang pesakit yang menjalani 3x dialisis seminggu berpuasa?

jawapan yang diberikan oleh pengarah hospital pakar raja Faisal dan hospital tentera, Riyadh:
"proses dialisis adalah melibatkan proses mencuci darah yang keluar dari badan dan melalui mesin yang dipanggil(artificial kidney) dan dipulangkan semula ke dalam badan. jika pada darah yang dicuci ditambah bahan-bahan kimia dan gizi makanan seperti gula dan garam, maka puasa pesakit itu terbatal.tetapi jika tiada apa2 penambahan maka ia tidak membatalkan puasa".
3. batalkah wudu` ketika dialisis?
"apa2 yang keluar dari badan tidak akan membatalkan wudu`, kecuali pada 2 tempat iaitu anggota sulit hadapan dan belakang samada dalam bentuk urin, tahi atau angin.ini bermakna darah yang keluar dari hidung atau pada luka samaada sikit atau banyak tidak membatalkan wudu` termasuklah proses dialisis".

4. bolehkah berbekam ketika puasa?

"darah yang ditarik keluar ketika berbekam boleh membatalkan puasa.ini kerana ia dikeluarkan dan tidak dipulangkan kedalam badan.ini dinyatakan didalam hadis.tetapi dialisis adalah proses keluar dan masuk darah kedlm badan.tetapi pada masa ini, darah yang telah dicuci kebiasaannya ditambah dengan gizi dan ini membatalkan puasa".

secara kesimpulannya menurut Majmoo' Fataawa Ibn Uthaymeen,20/113:
jika seseorang yang sudah lanjut usia dan tidak mampu membayar balik puasa kerana menjalani dialisis sepanjang hayat maka perlulah dia memberi makan pada orang miskin setiap hari seorang.

petua berubat dgn al-quran;

surah al-Qamar, ayat 11-12

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dgn (menurunkan) air yg tercurah.Dan Kami jadikan bumi memancarkan bbrp mata air, maka bertemulan air-air itu utk satu urusan yg benar2 tlh ditentukan."

Sunday, July 3, 2011

tuntutan berbekam

BEKAM ( AL HIJAMAH )

Bekam telah lama dikenal masyarakat kita sebagai cara pengubatan tradisional yang bersifat preventif ( pencegahan ) mahupun perubatan. terutama untuk mengatasi gejala penyakit akibat “masuk angin“. Berbekam tidak hanya dikenali dalam masyarakat kita saja namun dikenali luas di seluruh belahan dunia termasuk Arab ( Al Hijamah ), Cina ( Pa Huo Kuan ) bahkan di Eropah. Budaya bekam kini dilupakan umat Islam sehingga perlu dihebahkan dan dihidupkan kembali, selain mengamalkan Sunah Nabi juga sebagai sebuah ikhtiar dalam usaha menyihatkan umat.

Pada masa berbekam terjadi proses :
Pembesaran pembuluh darah.Terjadi akibat tekanan vakum pada permukaan kulit sehingga aliran darah perifer meningkat, memaksa metabolisme sel / jaringan, “ mengeluarkan “ akumulasi / timbunan racun di bawah kulit serta memperbaiki sel / jaringan yang rosak kerana kekurangan zat dan O2.
Mekanisme inflamasi ( radang )Perlukaan kulit / tusukan jarum mengeluarkan toksin bersama aliran darah dan dari mekanisme peradangan menghasilkan Nitric Oxide yang akan memperbaiki sistem tubuh seperti sistem kardiovaskular, reproduksi, ketahanan(imun), pencernaan dan saraf. Selain itu dihasilkan pula Endorphin yang menimbulkan perasaan selesa serta menghilangkan rasa sakit / analgesik.

Manfaat dan khasiat Bekam :
Terapi Detoksifikasi (contohnya: histamin, uric acid, merkuri, DDT,dll )
Mengubati penyakit yang disebabkan oleh masalah ” angin ” dan ” darah ” seperti darah tinggi (Hipertension), darah rendah (Hipotension), stroke, vertigo, migrain, sakit kepala / tengkuk, kolesterol / triglyceride tinggi, reumatik, sakit pada otot / sendi, ngilu-ngilu, demam / masuk angin, kelumpuhan otot wajah (Facial paralyse / Bell’s Palsy), kesemutan, epilepsi ( sawan ), gangguan aliran darah, kelelahan kronik, insomnia / susah tidur, sakit pinggang, sakit perut
Masalah berat badan ( terlalu kurus atau kegemukan / obesiti)
Mengatasi masalah kulit dan alergi seperti jerawat, bisul, asma, gatal, psoriasis, ekzema
Mengatasi gangguan Jin / sihir ( menghilangkan efek negatif sihir berupa pening, halusinasi / ilusi )“ Rasulullah SAW pernah melakukan bekam pada bahagian kepalanya dengan menggunakan tanduk, ketika beliau diserang Thubb ( sihir ) “ ( HR. Abu Ubaid dalam Gharibul Hadits dari Abdurrahman bin Abi Laila dengan sanad hasan )

Waktu yang baik untuk berbekam
Berbekam secara rutin sebulan sekali bermanfaat preventif ( pencegahan penyakit ) dan meningkatkan kesegaran / stamina, sebagaimana disebutkan dalam Hadits :
“ Barangsiapa yang hendak berbekam, maka hendaklah dia memilih hari yang ke- 17, 19 atau 21. Dan jangan sampai darah membuih pada salah seorang dari kamu, sehingga akan membunuhnya “ (Sunan Ibnu Majah dari Anas ). “ Barangsiapa yang berbekam pada hari yang ke-17, 19 atau 21, maka yang demikian merupakan penyembuhan dari segala penyakit “ ( HR. Abu Dawud )
“ Waktu yang tepat pada waktu siang adalah pukul 2 atau pukul 3pm. Dan wajib ditentukan saatnya sesudah mandi, kecuali bagi orang yang darahnya banyak. Maka dia wajib mandi, dan memanaskan diri selama satu jam baru kemudian berbekam “ ( Ibnu Sina dalam Al Qanun )
“ Berbekam pada waktu perut kosong adalah pengubatan, pada waktu kenyang adalah penyakit “ (Atsar)
Setelah berbekam jagalah kesegaran tubuh dan minum air suam agar proses metabolisme / penyembuhan tidak terganggu serta tidak mandi kecuali setelah dua jam.

Kontra indikasi Bekam
Badan terlalu lemah / tua, hamil, haid, kerosakan kulit di titik bekam ( luka, tumor / kanser ), penyakit yang mengganggu proses pembentukan / pembekuan darah (Leukemia, Hemofili, SLE /Lupus , Thalasemia, dll ), Diabetes (yang kronik)
Sebuah zat yang harus dikeluarkan dari dalam tubuh harus dipaksa keluar dari lokasi pengendapannya dengan menggunakan berbagai cara yang layak digunakan untuk mengeluarkannya “ ( Hippocrates )

Dalil-dalil tuntutan berbekam
1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik
2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah
3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari

Artinya: “wahai sekalian manusia, telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Qur’an Surah Yunus, 10:57)