Thursday, August 27, 2009

yogjakarta

Pada 9.2.09 aku tiba di Sukarno Hatta International Airport. Tujuan sebenar aku bukanlah nak meronda bandar Jakarta, tp nak rasa naik train ke Yogja. Dari airport aku ambik bas ke Station Gambir dgn kos Rp20000.


Ada bbrp train yg pergi ke yogja so aku ambik Pt.kereta api Argolawu dgn kos Rp250,000 jam 8pm. Perjalanan mengambil masa 8 jam, bising giler dgn roda yg bergesel pd landasan, nasib baik selimut n bantal n air n roti disediakan. selesa sgt rasanya sampai tido x sedar diri wlwpun x pakai earplug. maklumle kaki tido, bom jatuh pun x sedarnye.tau2....



muka syok abis le ni lepas minum soda gembira yg agak popular kat sini..

ramuannya(susu pekat + air sirap + air soda = soda gembira)


Di Yogja terdapat byk tinggalan sejarah dgn candi2 yg besar. Aku x melepaskan peluang utk ke Borobudur dan Prambanan. Dieng Plateu mengambil masa 3 jam perjalanan dr yogja. kawasan ni mmg cantik seolah2 mendaki cameron highland. ia terletak di daerah wonosobo dan cuacanya mencecah -4 cent. mmg sejuk.


Telaga warna yg dipercayai blh menghasilkan 7 warna .menjadi tempat meditasi org2 kenamaan. di telaga warna ini juga terdapat pokok yang menghasilkan buah karika
kawah merapi yg x lagi aktif. aku turun ke kawah dan sempat melihat letusan2 kecil dan bau sulfur yg sgt busuk.


Kawah kecil yg still berasap. kalau ada satu kat belakang rumah best gak.....boleh wat sauna!


Di dieng plateu, ubi kentang menjadi sumber pendapatan utama utk di eksport ke luar negara.
hari tetiba hujan , lebat lak tu....aku pun singgah di gerai berhampiran.sejuk bangat... best gak dapat minum kopi panas dan kentang goreng panas, mmg aku xkan lupa sampai bila2.

mentang2 le cuaca dia best, bunga dia pun gemuk2 n best. geramnye aku......



Kalau di cameron highland, penanaman tea di lereng2 bt, tapi kat sini yg ditanam adalah ubi kentang. Ditanam di sepanjang2 bukit, saujana mata memandang dan tanah yg subur atas tapak bekas gunung merapi yang tidak lg aktif.



Apabila berlaku gegaran atau limpahan lava gunung merapi, penduduk akan lari ke kawasan perlindungan bwh tanah yg disediakan.











Tuesday, August 18, 2009

Medan


Setiba di airport polonia medan, kami disambut oleh dharma wijaya. aku bersama mak, bapak dan kak has di bawa terus ke Parapat. Perjalanan mangambil masa lebih kurang 4 jam kerana ketika ini Indonesia sedang sibuk berkempen untuk pilihanraya. jalan penuh sesak dgn ribuan pembonceng motosikal dan kereta2 yg sarat dipinggir2 jalan. semua penduduk tempatan tidak melepaskan peluang menghadiri ceramah yg disampaikan oleh Megawati.


kami singgah makan di restoran Aria. di Medan Restoran halal sukar didapati kerana penduduknya rata2 berketurunan batak.




Anak2 batak yg comel2. sporting gak bebudak ni.



biasalah, kalau g mana2 pun benda pertama yg aku cari ialah durian....
makan sampai pening, nasib bkn aku yg drive. dah le jalan mcm nak naik ke cameron dr tapah.pergh kak has dah pengsan.......





ehmmm lazatnye......model durian plg canggun!
kalau wat poster, boleh kaya tokey durian tuh.


mak tgh busy membeli benih bunga di pasar pagi utk di bawa blk.
cuaca di Berastagi mmg sejuk. bunga2 dia gemuk2.

makan time!!!! cepat le dah lapo ni......
kat sini, makanan wajib ialah gado2, iaitu sayur2an yg dipotong ricik dan ditambah kuah kacang.
makanan dia boleh tahan sedap!
saja tangkap. try camera baru. itu pun guna auto jer. x pandai lg....
rasa ni dah best abis le ni!






Dr Danau Toba Cottage, kami cruise ke Lake Toba utk melawat Tomok(org batak) dan kg Ambarita (t`dapat 500 kedai c/mata). Ini menjadikan kg Ambarita salah satu pusat tarikan pelancong. harga boleh tawar, tp kat jeti lebih murah. di Tomok ada privacy utk b`shoping, kurang gangguan tarik menarik sprt di Ambarita.
D Tomok t`dpt rumah dan kubur2 raja batak t`dahulu. Raja Batak 1st n 2nd ditanam didlm kayu dan diletakkan di atas tanah. mereka percaya ddlm tanah lebih dekat ke neraka. Tetiba seorang doktorKristian dtg n sebarkan Kristian, maka raja ke-3 dan seterusnya b`agama kristian dan ditnm ddlm tanah.
Batak ada 5 group;
1. Batak Pak2
2. Batak Karo
3. Batak Toba
4. Batak Simalungun
5. Batak Mandailing(Islam)
Danau toba terhasil dari letusan gunung berapi. di tgh2 danau ini terdpt pulau samosir yg terbentuk dari fenomena volcanic dan merupakan danau terbesar di Indonesia.



Batak mempunyai kerajaan, bahasa, undang2 dan kalender sendiri. canggih gak batak ni.tp zalim ya amat.....org luar yg masuk akan dianggap musuh, ditangkap dan dikelar2 dipercayai mempunyai magic atau ilmu hitam yg jahat. utk membuang magic tadi, limau akan diperah diatas kelaran tadi.mak sakitnye........pastu tengkuk mangsa akan digerigi sehingga mati. Dagingkorban akan diagih2kan kpd org kampung utk dibuat hidangan.
Setelah Kristian dtg, adat ini tidak lg diteruskan n xde lg org makan org.....wallahualam.
Batak Mandailing berada dibhgn lain, lebih dkt dgn bt tinggi,Padang. So mereka lebih dulu menerima Islam. Mereka tinggal di bukit tinggi. Pada kebiasaannya org batak tinggal di bt2 tinggi yg dikelilingi tasik. Mengikut sejarah org batak juga dikenali sbg org melayu.